Politik

Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga mendiang Guan Dee

Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Senator Datuk Guan Dee Koh Hoi.

“Sebentar tadi saya mendapat perkhabaran sedih mengenai pemergian YB Senator Datuk Guan Dee bin Koh Hoi, Ahli Majlis Tertinggi Perikatan Nasional yang meninggal dunia pada pukul 4.50 petang di Hospital Kuala Lumpur.

”Beliau yang merupakan bekas Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya adalah salah seorang tokoh pengasas semasa penubuhan parti Perikatan Nasional, telah banyak memberi sumbangan dan bakti kepada negara dan parti,” kata Muhyiddin.

Kata Muhyiddin, selaku Setiausaha Agung parti STARSABAH, beliau cukup dikenali dengan sifat rendah diri dan usaha gigihnya bagi membina Perikatan Nasional tidak hanya di peringkat negeri Sabah tetapi juga di peringkat nasional.

Pemergian Senator Datuk Guan Dee, kata Muhyiddin merupakan kehilangan besar bagi Perikatan Nasional dan seluruh negara khususnya negeri Sabah.

“Saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mendiang dan semoga tabah bagi menghadapi suasana pilu ini,” katanya.

(Visited 451 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.
Back to top button