Jenayah

Polis Perak buru Siti Naisyah bantu kes bunuh

POLIS Perak sedang memburu seorang pembantu rumah warga Indonesia, yang disyaki terlibat dalam kes bunuh seorang wanita di Pasir Putih di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak SAC Anuar Osman berkata, mangsa, seorang wanita warga emas berumur 72 tahun, ditemui mati dengan kecederaan di bahagian kepala, di rumahnya di Pasir Putih petang ini.

“Hasil siasatan awal mengenal pasti suspek, yang terlibat dalam kejadian tersebut ialah seorang wanita warga Indonesia yang bekerja sebagai pembantu rumah dan menetap bersama mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Anuar berkata, suspek dikenali sebagai Siti Naisyah dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian, diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ipoh DSP Mohd Hasni Mohd Nasir, di talian 016-4888025 atau Pegawai Penyiasat ASP Jalizulham Abdullah di nombor 019-5716472. – BERNAMA

(Visited 296 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button