Pendidikan

Adakah UiTM silap perhitungan dalam mengambil tindakan?

PENSYARAH Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang Kampus Raub Dr. Che Hamdan Che Mohd Razali yang didakwa menganjurkan lawatan ke Ibu Pejabat DAP tidak terlibat dengan aktiviti tersebut.

Menurut sumber, Dr. Che Hamdan hanya bertanggungjawab menandatangani sokongan terhadap kertas kerja membabitkan lawatan berkenaan.

“Pada waktu kejadian Dr. Che Hamdan merupakan Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Politik subjek Malaysia dan hanya bertanggungjawab menandatangani sokongan terhadap kertas kerja membabitkan lawatan berkenaan.

“Kejadian tersebut juga berlaku ketika dia belum lagi dilantik sebagai Penolong Reaktor UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub.

“Dr. Che Hamdan masih kekal sebagai pensyarah di UiTM. Dia hanya meletakkan jawatan sebagai Penolong Reaktor yang sepatutnya mempunyai kontrak selama dua tahun,” kata sumber yang turut mempersoalkan adakah UiTM telah tersilap mengambil tindakan terhadap pensyarah terbabit dengan peletakan jawatan berkenaan.

Dr. Che Hamdan dilantik sebagai Penolong Reaktor UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub  kira-kira enam bulan yang lalu iaitu pada 15 Jun 2020.

Sebelum ini, Mahasiswa Keadilan Malaysia Universiti Teknologi Mara (MKM UiTM) dalam satu kenyataan mendakwa Dr. Che Hamdan dipaksa meletakkan jawatan sebagai Penolong Reaktor kerana penganjuran aktiviti lawatan sambil belajar ke Ibu Pejabat DAP pada 2 Disember 2019.

MKM UiTM berkata,  Dr. Che Hamdan meletakkan jawatan pada 28 Disember 2020 dan mendakwa peletakan jawatan itu berlaku selepas campur tangan politik.

Pertubuhan mahasiswa itu mendakwa lawatan ke Ibu Pejabat DAP  itu dianjurkan bagi memenuhi kriteria dalam silibus yang disedikan bagi subjek politik yang diajar oleh beliau.

“Justeru di sini jelas tiada kesalahan yang dilakukan beliau serta lawatan tersebut merupakan lawatan akademik dan berilmiah.

“UiTM sewajarnya menjadi lebih holistik dalam memastikan kecemerlangan tenaga pengajar serta kemenjadian pelajar.

“UiTM juga sepatutnya tidak lagi terhimpit oleh aturan politik sempit yang hanya mempunyai kepentingan peribadi,” katanya dalam satu kenyataan.

Untuk rekod lawatan ke Ibu Pejabat DAP berlangsung ketika Pakatan Harapan memerintah negara dan DAP merupakan sebahagian daripada parti politik yang menjadi anggota pentadbiran kerajaan selepas menang Pilihan Raya Umum ke-14.-SM

 

(Visited 724 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button