ParlimenPolitikUncategorized

Syed Saddiq kata Ahli Parlimen blok kerajaan hipokrit!

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatkan Ahli Parlimen blok kerajaan sebagai hipokrit selepas isu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak dapat dibangkitkan di Dewan Rakyat.

Syed Saddiq berkata, keadaan tersebut berbeza ketika Ahli Parlimen kerajaan berada di blok pembangkang sebelum ini yang telah membangkitkan isu 1MDB dan serangan terhadap Peguam Negara, pada 2015.

“Pada tahun 2015, (seramai) 70 Ahli Parlimen di dalam dewan ini sendiri di blok pembangkang ingin bicarakan soal keputusan hakim di mahkamah, sebelum itu keputusan 1MDB, serangan ke atas peguam negara semua boleh mereka bangkitkan.

“Kini bila berada di kedudukan kerajaan…hipokrit,” katanya di Dewan Rakyat.

Menurut Syed Saddiq, sekiranya suara Ahli Parlimen dibisukan serta tidak boleh mengkritik kerajaan tanpa “sangka jahat”, beliau mempersoalkan bagaimana mereka hendak membangkitkan isu rakyat.

Semalam, Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul ketika mempengerusikan mesyuarat khas mengumumkan usul Wan Fayhsal Wan Kamal (PN-Machang) untuk mendapatkan penjelasan peguam negara ditolak, namun beliau akan diberi ruang bercakap mengenainya selepas usul kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 dikemukakan. – SM

BACA Mahkamah pulangkan pasport Syed Saddiq

BACA Generasi muda perlukan sistem lebih kompetitif untuk ‘bernafas’ – Syed Saddiq

(Visited 315 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button