Politik

Perdamaian politik perlu kekal, tidak berdendam

MEMENTINGKAN kesejahteraan rakyat mestilah menjadi teras kepada pendamaian politik dengan melupakan dendam dan tidak bersifat sementara.

Maka, jika dendam tidak dapat dilupakan, pendamaian politik hanya akan bersifat sementara dan situasi ketidakstabilan tetap akan berulang pada masa hadapan.

Justeru, amalan ‘politik rejam merejam’ mesti dihentikan terus bukannya berhenti sementara dan sambung semula selepas krisis dihadapi rakyat reda.

Rakyat akan terus berhadapan dengan krisis sekiranya pada bila-bila masa perebutan kuasa dan perbalahan remeh dalam kalangan ahli politik tidak menemui episod akhir.

“Politik rejam merejam adalah politik jahat. Berpunca kerana dendam, syak wasangka dan tamak kuasa.

“Rais Yatim (Tan Sri Dr.) cadang ‘politik rejam merejam hendaklah dihentikan dulu. Dia cadang gencatan senjata. Lepas setahun baru mula balik.

“Nampak Rais Yatim menggalakkan politik jahat. Cuma dia minta jangan buat sekarang. Tunggu setahun lagi.

“Buat jahat tidak kira masa. Jahat tetap jahat. Kenapa Rais Yatim fikir begitu. Dia orang lama. Dia orang berpengalaman. Dia Speaker Dewan Negara.”

Demikian Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi menempelak Yang Dipertua Dewan Negara yang mencadangkan pendamaian politik untuk tempoh masa singkat.

Beliau dalam kenyataan menerusi Facebooknya malam tadi memaklumkan ‘politik rejam merejam’ itu adalah situasi yang dihadapi UMNO sekarang.

Katanya, UMNO sudah cukup direjam oleh Perikatan Nasional (PN) seperti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September lalu.

Malah, keputusan Mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi UMNO secara konsensus untuk memastikan Muafakat Nasional (MN) didaftarkan sebagai sebuah parti adalah kerana mahu elak daripada terus ‘direjam’.

“Biro Politik UMNO buat keputusan supaya Kerajaan PN mesti diurus atas prinsip konsensus parti bukan lagi oleh ahli parlimen secara individu.

“Ia bertujuan untuk hentikan politik rejam merejam. Ia mesti dimuktamadkan oleh perjanjian hitam putih di mana wujud mutual respect, ada accountability dan trust.

“UMNO tidak mahu terus direjam seperti di PRN Sabah. Ia mesti dihentikan. Sebab itulah UMNO mencadangkan terma baru secara hitam putih,” tegasnya.

Justeru, beliau menyifatkan cadangan Rais Yatim sebagai pelik kerana menggalakkan amalan politik berniat jahat pada masa hadapan. – SM

(Visited 77 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button