Nasional

Raja-Raja Melayu adakan perbincangan khas Covid-19 Rabu depan

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah perkenan untuk menganjurkan sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu kali kedua di Istana Negara pada Rabu depan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Indera Ahmad Fadhil Shamsuddin berkata, Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu itu adalah inisiatif Al-Sultan Abdullah dan akan dipengerusikan oleh Baginda.

“Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu ini berkaitan dengan usaha-usaha memerangi penularan jangkitan wabak Covid-19 dan pelaksanaannnya semasa tempoh darurat.

“Perbincangan Khas ini adalah kali kedua seumpamanya diadakan di Istana Negara sejak Seri Paduka Baginda menaiki tahta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari 2019,” kata Ahmad Fadzil dalam satu kenyataan.

Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu kali pertama dianjurkan pada 25 Oktober tahun lepas.

Pada perbincangan itu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah bertitah tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat.-SM

(Visited 358 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button