Nasional

Perbicaraan Ahmad Zahid: Setiausaha syarikat tidak tahu apa-apa

TIDAK munasabah apabila jawatan sebagai Setiausaha syarikat (company secretary) Yayasan Akalbudi yang dilantik bagi menggantikan setiausaha syarikat terdahulu, tampil memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi bahawa dia tidak tahu apa-apa tentang sumbangan serta derma di bawah Yayasan Akalbudi untuk diaudit seperti mana lazimnya dilakukan oleh mana-mana yayasan.

Sebagai setiausaha syarikat yang dilantik, MK Secretarial Services milik Mahinder Kaur turut memberitahu mahkamah bahawa dia tidak mendapat dokumen-dokumen Yayasan Akalbudi untuk diaudit dan dikemaskini sejak mula dilantik pada tahun 2012 lagi.

Mahinder tampil memberi keterangan di mahkamah pagi tadi sebagai saksi ke-28, membaca keterangan bertulisnya turut mengakui mengenali Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sejak tahun 1989 sebelum dilantik sebagai setiausaha syarikat bagi syarikat Measurement Sdn. Bhd., milik Ahmad Zahid.

Dia juga diminta mengemaskini akaun Yayasan Akalbudi yang mana Ahmad Zahid merupakan Pengasas bagi yayasan berkenaan.
Ketika memberikan keterangannya, Mahinder mengambil alih tugas sebagai setiausaha syarikat Yayasan Akalbudi daripada Idris Kechek.

Idris Kechek, menurut Mahinder, menamatkan perkhidmatan sebagai setiausaha syarikat pada tahun 2007 dan pelantikan Mahinder bagi menggantikan Idris Kechek berkuatkuasa pada tahun 2012.

“Sebagai setiausaha syarikat, saya berurusan secara langsung dengan Datuk Seri Ahmad Zahid.

“Bagi mengemaskini akaun Yayasan, saya ada minta dokumen berkenaan tetapi dokumen yang diminta tidak sampai ke tangan saya,” kata Mahinder ketika menjawab soalan pihak Timbalan Pendakwa Raya, Lee Kheng Fatt.

Menjawab soalan balas peguam Ahmad Zahid, Hamidi Mohd. Noh, Mahinder memberitahu mahkamah, dia menunggu penyerahan dokumen tetapi masih gagal memperoleh.

Sehubungan itu, dokumen yang tidak dikemaskini, tidak boleh diaudit dan dihantar ke SSM.

Kata Mahinder lagi, dokumen Yayasan Akalbudi tidak dikemaskini sejak tahun 2003 sehingga 2011 dan setiausaha syarikat tidak boleh membuat kemasukan kemaskini kerana tiada dokumen lengkap.

Pada perbicaraan hari ini Mahinder turut diberikan senarai sumbangan termasuk lembu korban Aidilfitri yang dilakukan oleh Yayasan Akalbudi.

Ketika ditanya oleh peguambela Hamidi Mohd. Noh sama ada beliau mengetahui mengenai sumbangan yang disampaikan itu, Mahinder berkata tidak tahu.

Bagaimanapun ketika ditanya sama ada beliau bersetuju senarai sumbangan itu bertepatan dengan ojbektif penubuhan Yayasan Akalbudi, Mahinder berkata, ya.

Setiausaha itu ketika ditanya sama ada sumbangan tersebut memerlukan persetujuan dan pengesahan daripada Lembaga Pengarah, berkata, tidak perlu jika jumlahnya tidak besar. – SM

(Visited 306 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button