Nasional

Perbicaraan Ahmad Zahid: Pendakwa kemuka saksi baharu

SAMBUNG bicara kes Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pagi tadi bermula kira-kira pukul 10 pagi.

Pihak pendakwaan menampilkan saksi baharu, Rajan Taran A/L Singaruvelo yang merupakan Pengurus Cawangan Bank Affin, Jalan Bunus, Kuala Lumpur.

Pendakwaraya, Lee Keng Fatt memberitahu mahkamah, walaupun saksi ada membuat kenyataan bertulis tetapi demi menjimatkan masa, saksi tidak akan membaca penuh kenyataan bertulis.

Sebaliknya saksi diminta membaca perenggan-perenggan tertentu yang merujuk kepada dokumen iaitu cek-cek asal dan imej cek.

Saksi diminta membuat pengecaman cek-cek asal dan imej cek yang telah dikeluarkan oleh Yayasan Akalbudi dan ditandatangani oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Cek-cek yang telah dikeluarkan dan diluluskan (clear) dirujuk sebagai pengesahan dan ditanda.

Lebih kurang 50 cek asal dan imej cek disahkan oleh saksi termasuk dua cek yang dipulangkan semula selepas diclearkan serta pengeluaran kiriman wang berjumlah RM17,953,185.21 dan banker’s cheque.

Dalam kenyataan saksi, turut diperbetulkan tarikh clearing cheque atau cek diclearkan selain daripada pengesahan simpanan tetap akaun Yayasan Akalbudi.

Menurut saksi, pihaknya agak sukar untuk mencari salinan cek-cek yang telah diclearkan kerana bank cawangan tempat beliau bertugas setinggi lima tingkat.

“Saya sudah cuba cari tetapi tidak berjaya,” kata Rajen Taran ketika disoal oleh Keng Fatt.

Sepanjang prosiding pagi tadi, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masuk ke kamar mahkamah dan duduk untuk mendengar sesi kenyataan saksi.

Najib duduk selama tujuh minit sebelum beredar dan Ahmad Zahid sempat bersalaman dengan Bossku.

Tan Sri Anuar Musa juga hadir sebagai tanda sokongan moral terhadap Presiden UMNO yang didakwa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas 47 pertuduhan membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Perbicaraan dihadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Mahkamah berehat akan bersambung semula pada pukul 2.30 petang nanti. – SM

(Visited 113 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button