MahkamahNasional

Zeti Akhtar hadir kes 1MDB

BEKAS Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini dipercayai sebagai saksi pendakwaan bagi perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Zeti yang memakai jubah berwarna biru gelap tiba pada jam 1.55 petang  tadi dengan diiringi beberapa pegawai.

Beliau akan mengikuti prosiding yang dijalankan di hadapan Hakim Datuk Collins Lawrence Sequerah.

Pada prosiding tahun lalu, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib berkata, pernyataan saksi sudah tersedia dan Zeti Akhtar akan membacanya dalam prosiding itu. – SINAR HARIAN – SM

BACA Hilang sejak 2018, SPRM berjaya bawa pulang seorang individu berkait 1MDB, SRC

BACA Penahanan suspek 1MDB, SRC International akan pengaruhi perbicaraan Najib

(Visited 44 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button