Ekonomi

Untung bersih Supermax hampir RM1 bilion

PENGELUAR  sarung tangan getah, Supermax Corporation Bhd (Supermax)mencatat prestasi kewangan CUKUP kukuh apabila keuntungan bersihnya mencecah RM958.71 juta.

Pendapatan yang diperoleh ialah RM1.88 bilion bagi tempoh suku keempat berakhir 30 Jun 2021.

Berbanding prestasi suku sama 2020 syarikat itu hanya menyaksikan keuntungan bersih dan hasil syarikat itu masing-masing pada RM398.83 juta dan RM929.12 juta, katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Khamis.

Lembaga Pengarah Supermax telah mengisytiharkan dividen khas satu peringkat sebanyak 15 sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2021 dengan tarikh kelayakan serta pembayaran dividen itu ditetapkan pada 10 September 2021 dan 30 September 2021.

Supermax menyifatkan prestasi kewangan itu didorong terutama oleh permintaan sarung tangan getah dan kelengkapan perlindungan diri (PPE) yang terus kukuh di peringkat global berikutan penularan pandemik COVID-19.

Permintaan terhadap produk sarung tangan serta PPE berkenaan juga kekal memberangsangkan ketika dunia terus menangani pandemik yang terus berlanjutan itu.

Gelombang baharu jangkitan COVID-19 terus menular di negara-negara serata dunia walaupun dalam keadaan semakin banyak negara mula membuka semula sektor ekonomi dan melonggarkan prosedur operasi standard (SOP).

Sejak bermulanya pandemik ini, kami telah dan terus menyaksikan kemunculan pengguna dan penggunaan baharu yang tidak pernah dilihat sebelum berlakunya COVID-19.

Menurutnya, pelaksanaan usaha pemberian suntikan vaksin yang ketara di negara-negara turut dijangka menjejaskan permintaan sarung tangan manakala penggunaannya akan lebih menyederhana.

(Visited 161 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button