Nasional

Ganjaran RM10,000 untuk penyalur maklumat pencemaran alam di Negeri Sembilan

MANA-MANA individu yang menyalurkan maklumat sahih berhubung dua kes pencemaran alam sekitar yang berlaku di Negeri Sembilan bakal menerima ganjaran sebanyak RM10,000 oleh kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S. Veerapan berkata dua kejadian itu ialah pencemaran Sungai Anak Air Garam, Mambau pada 9 Dis lepas dan pembuangan sisa buangan terjadual di Kampung Belihoi, Mantin pada 25 Dis.

“Pemberi maklumat akan diberi ganjaran sebanyak RM10,000 bagi kes-kes berkenaan oleh kerajaan Negeri Sembilan.

“Pada masa sama, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengumumkan pada Isnin lepas mengenai pemberian ganjaran di bawah Seksyen 49B, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 sehingga tertangkapnya pelaku ini dan pemberi maklumat diberi perlindungan di bawah Seksyen 50A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,” katanya dalam kenyataan di Seremban, hari ini.

Veerapan berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat sahih bagi kedua-dua kes itu boleh menghubungi JAS Negeri Sembilan di talian 06-764 9017 atau 010-3639017 atau hotline JAS di talian 1800 88 2727. – BERNAMA

(Visited 149 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button