Hiburan

Penerbit filem Pendekar Awang kunci mulut isu busana aktres

MENGAMBIL jalan selamat dengan kunci mulut apabila Pengarah Urusan Studio Kembara yang juga merupakan penerbit bagi filem Pendekar Awang Darah Indera Gajah, Abdul Rahman Mt Dali enggan mengulas isu busana yang sedang viral di media sosial.

Sejak semalam busana yang dipakai oleh tiga heroin dalam filem itu menjadi perbualan hangat terutamanya pandangan yang dilontarkan oleh seorang warganet, Suhaimi di laman Facebooknya.

Suhaimi mengkritik kostum atau busana yang dipakai dalam filem itu, pada pandangan beliau, tidak mencerminkan latar zaman.

Dari media sosial milik Suhaimi mengkritik tentang busana

Ini termasuk kostum yang dipakai itu juga tidak langsung mencerminkan kemelayuan yang latar masanya adalah peperangan di zaman penjajahan.

Bahkan kalau ditonton thriller pendek filem itu, gerak langkah silat Melayu tidak ada dalam bunga-bunga yang dipamerkan oleh aktor-aktor yang berkenaan.

Sebaliknya langkah seni mempertahankan diri yang ditonjolkan dalam filem itu lebih cenderung ke arah langkah ‘fung sa yuk’!

‘’Saya tidak mahu ulas apa-apa berkenaan pakaian tersebut.T unggu sahaja tayangan perdana yang akan dijadualkan pada tahun hadapan,” kata Abdul Rahman apabila wartawan melontarkan soalan langsung kepadanya dalam sidang media, semalam.

Mungkin Abdul Rahman sedang memikirkan di benaknya apakah jawapan yang paling tepat dan memuaskan hati khalayak berhubung isu busana yang dipakai oleh para pelakon dalam filem tersebut.

Terlalu berahsia si penerbit sehinggakan apabila siapakah pengarah Pendekar Awang Darah Indera Gajah ini, Abdul Rahman juga enggan memberikan jawapan.

Kalau soalan-soalan tidak mahu dijawab, apa guna diadakan sidang media? Apakah memanggil pengamal media sekadar suka-suka dan mengilas tangan pengamal media menulis apa yang dikehendaki oleh beliau?

Untuk rekod, pada September lalu, media melaporkan Areel Abu Bakar, bekas pengarah filem itu mencetuskan kontroversi apabila beliau digantung oleh pihak penerbit daripada meneruskan pembikinan penggambar filem itu yang hanya tinggal 10 peratus sahaja lagi untuk dilunaskan.

Filem ini adalah filem kedua terbitan Studio Kembara dan ia sebenarnya filem sekuel Mat Kilau yang ditayangkan tahun lepas.

Selain Fatah Amin, kiranya pakej sang penerbit apabila isteri Fatah turut berlakon dalam filem Pendekar Awang Darah Indera Gajah yang bakal ditayangkan di pawagam pada 11 Januari tahun depan.

Antara barisan pelakon dalam Pendekar Awang

Selain pasangan suami-isteri, filem Pendekar Awang Darah Indera Gajah juga filem adik beradik apabila turut meletakkan Heliza Helmi dan adiknya berlakon sama. – SM

Artikle Berkaitan :>

Filem Mat Kilau beri gambaran tak tepat peranan kaum zaman penjajah

Tak sangka rupanya penerbit Mat Kilau dahulu merupakan doktor

 

(Visited 260 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button