NasionalNegeri

FAMA: Rakyat Perlis pilih Beras Putih Tempatan

LEMBAGA Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mendapati rakyat Perlis memberi sambutan hangat terhadap Beras Putih Tempatan (BPT) berdasarkan permintaan yang tinggi.

Pengarah FAMA Perlis, Mohd Anzara Azizan berkata, ini kerana sejumlah 3,000 kampit yang diedarkan oleh FAMA setiap minggu pastinya akan habis.

Mohd Anzara berbual dengan salah seorang usahawan Jualan Agro Madani di pekarangan pejabat FAMA Perlis di Jalan Behor Temak, Kangar

“Sambutan terhadap BPT ini agak mengejutkan di mana hasil lawatan FAMA ke outlet pengedarannya memang ia habis pada setiap minggu,” katanya pada sidang media ketika melakukan Walkabout Jualan Agro MADANI di pekarangan FAMA Perlis.

Sebelum itu Mohd Anzara menyerahkan kanopi 10 X 10, kereta tolak dan bakul buah kepada 10 peladang kontrak FAMA.

Bagaimanapun katanya, BPT seberat 10 kilogram (kg) dijual dengan harga RM26 ini biasanya dihadkan pembelian hanya sekampit seorang.

Beliau berkata, sehingga kini FAMA konsisten dalam mengedarkan 3,000 kampit BPT pada setiap minggu.

Beliau berkata, BPT telah diedar ke 15 lokasi Jualan Agro MADANI, 16 Outlet Pemasaran FAMA iaitu Agrobazaar dan pasar tani dan 41 di Outlet lain seperti jabatan dan agensi, restoran dan pasar awam.

Mohd Anzara berkata, jadi tidak hairanlah 350 kampit BPT habis dalam masa tiga jam sempena Jualan Agro MADANI di pekarangan FAMA hari ini.

Mohd Anzara menyampaikan kanopi 10 X 10, kereta tolak dan bakul buah kepada 10 peladang kontrak FAMA.

Mohd Anzara berkata, disebabkan BPT cepat habis di pasaran Perlis setiap minggu maka pihaknya juga mengusulkan supaya dibuat penambahan kepada jumlah sedia ada.

Beliau berkata, ia kini dalam proses bagi mendapat kelulusan. – SM

BACA FAMA sasar edar 2,000 tan metrik beras putih tempatan setiap bulan

BACA Wujudkan satu sahaja gred tunggal beras putih – Gabungan Pengilang Beras Malaysia

(Visited 84 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button