Nasional

Raja Muda Perlis nasihat setiap rumah perlu ada anggota yang mahir CPR

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihatkan agar setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya seorang ahli yang mempunyai lesen dalam mengendalikan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR).

Menurut baginda, ‘CPR merupakan ‘Livesaving technique’ yang digunakan ketika pernafasan seseorang terhenti. Kekurangan bekalan oksigen boleh menyebabkan kerosakan tisu otak dan mangsa boleh meninggal dunia dalam tempoh 8 hingga 10 minit. Perbezaan di antara berbuat sesuatu dengan tidak berbuat apa-apa mungkin akan melibatkan nyawa seseorang’.

Selain setiap ketua keluarga, Tuanku Raja Muda Perlis turut menggalakkan pihak Pengetua dan Guru Besar sekolah juga perlu mengambil inisiatif untuk mengajar teknik asas CPR kepada semua pelajar. Pelajar perlu serius dalam mempelajari teknik CPR.

Demikian titah baginda selepas berkenan singgah menziarahi bayi jantung berlubang Aina Qaisara Suhaimey yang berusia 5 bulan di Kampung Titi Besi, Arau pada petang semalam.

Berangkat sama mengiringi baginda ialah anakanda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Ayah beliau Suhaimey Othman yang menerima sumbangan segera daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memaklumkan mengenai keperluan anak beliau untuk mendapatkan rawatan susulan di Hospital Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor menyatakan bagi kes-kes seperti ini pihak MAIPs bersedia menyalurkan bantuan bagi kos rawatan pembedahan yang bakal dilaksanakan di mana-mana hospital kerajaan dengan syarat mendapat cadangan keperluan sebenar daripada Unit Kerja Sosial hospital berkenaan.

(Visited 150 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button