Rencana

Orang Kedah melawak kasar, tetapi bukan alasan untuk biadab

ulama

SAYA baharu selesai tugasan di perkampungan Orang Asli terletak di Bidor Perak.

Kehadiran saya bersama sebuah pertubuhan bukan kerajaan Sahabat Jariah telah disalah faham oleh tok batin yang menyangkakan kami orang asing yang mahu menceroboh kawasan berkenaan.

Akibatnya kami telah berdepan konfrantasi tok batin dan sekumpulan pengikutnya serta dihambur dengan kata-kata ugutan termasuk mahu disumpit.

Sebagai orang kampung saya faham betapa sensitif apabila kehadiran gerombolan asing ke dalam kawasan kita.

Walaupun tujuan kami hanya hadir untuk memperbaiki rumah seorang anggota Komando 69 yang usang dan terlajak masuk ke perkampungan berkenaan kami bawalah sedikit buah tangan yang diperolehi dari Food Bank di ibu negara.

Kita memang biasa dengar pepatah Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat dan Bahasa Menunjukkan Bangsa.

Kadangkala dalam situasi  tegang bahasa yang digunakan memang kasar, tanpa memikirkan kesan daripada tindakan itu.

Bagaimanapun sesetengah negeri atau suku kaum memang terkenal dengan jenaka dan bahasa yang kasar.

Orang utara atau khususnya Kedah memang agak kasar ketika berjenaka dan komunikasi harian.

Bagaimanapun ia tidak sesuai digunakan apabila ia melibatkan komunikasi yang meluas, apatah lagi melibatkan seorang yang berjawatan tinggi.

Kebetulan pula kebanyakan ahli pertubuhan bukan kerajaan itu adalah terdiri daripada orang Kedah. Bagaimanapun cara komunikasi kami sudah jauh berbeza dan menggunakan bahasa yang lembut dan akhirnya menyejukkan hati tok batin yang panas dek hasutan tidak berasas.

Jadi saya sendiri terkejut apabila Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menggunakan perkataan kasar ketika mengulas isu tindakan merobohkan kuil Hindu.

Saya rasa MB Kedah perlu belajar menggunakan bahasa yang lebih berdiplomasi kerana kenyataan beliau bukan sahaja dibaca oleh penduduk setempat, tetapi turut tersebar ke seluruh dunia.

Apatah lagi ia membabitkan isu perkauman dan agama, ia menjadi sangat sensitif sehingga saya sendiri tidak berani menulisnya di dalam artikel ini.

Bukan sahaja akan mengguris perasaan rakan berketurunan dan fahaman agama lain, bahkan ia telah memasuki ranah hasutan.

Saya tahu MB Kedah orang muda dan sangat bersemangat. Bagaimanapun beliau perlu belajar mengawal semangat itu untuk diarahkan ke situasi dan tempat yang sesuai.

Jika hendak majukan negeri Kedah tidak perlulah menjebakkan diri ke dalam hal-hal yang tidak munasabah. Janganlah sampai orang melabel MB Kedah sebagai mabuk kuasa.

(Visited 1,093 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button