Politik

Kerajaan campuran PH-UMNO tidak ada hala tuju – Muhyiddin Yassin

Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin berpendapat negara sedang berhadapan dengan krisis kepimpinan dan ekonomi yang cukup kritikal.

Baginya, kepimpinan negara di bawah kerajaan campuran PH-UMNO juga jelas tidak ada hala tuju dalam memacu ekonomi keluar daripada krisis.

“Rakyat terus bergelut dengan kos sara hidup yang membebankan dengan harga barang keperluan asas terus meningkat dari sehari ke sehari.

“Rakyat tertunggu-tunggu apa tindakan kerajaan sehingga mereka mengeluh, walaupun baru enam bulan, seksanya ibarat enam tahun,” katanya.

Muhyiddin percaya kekecewaan rakyat akan diterjemahkan dalam kertas undi dengan memilih kembali PN yang terbukti membela nasib rakyat ketika krisis kesihatan tidak lama dulu.

“Marilah kita perkemaskan gerak kerja dan strategi parti di semua peringkat, bekerja dan terus bekerja bagi memastikan kejayaan PN.

“Keputusan PRN nanti insya-Allah akan membuka jalan kepada PN untuk kembali menerajui semula negara.
Tahniah kepada PN Pulau Pinang di atas kejayaan penganjuran konvensyen ini yang menjadi platform kepada parti untuk menyusun langkah bagi capai kemenangan dalam PRN di negeri ini dan negeri-negeri lain,” katanya.

 

(Visited 181 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button