Nasional

35.3 peratus penduduk dewasa lengkap 2 dos vaksin

SEJUMLAH 35.3 peratus penduduk dewasa kini lengkap menerima kedua-dua dos vaksin.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) Labuan mencatatkan jumlah populasi tertinggi penduduk dewasa menerima kedua-dua dos iaitu 84.3 peratus.

Diikuti Sarawak (71.2 peratus), Perlis (48.0 peratus), Negeri Sembilan (47.8 peratus), Lembah Kelang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (47.8 peratus).

Melaka (32.1 peratus), Terengganu (30.7 peratus), Perak (28.7 peratus), Pulau Pinang (26.9 peratus), Pahang (25.9 peratus), Kedah (24.9 peratus), Kelantan (24.3 peratus), Johor (19.4 peratus) dan Sabah (16.2 peratus).

Sehingga semalam 23.608 juta dos vaksin telah diberikan merangkumi 15.350 juta dos pertama dan 8.258 juta dos kedua.

Sejumlah 446,035 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 187,756 dos pertama dan 259,279 dos kedua.-SM

(Visited 91 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button