Nasional

Empat cedera, dua jentera KTMB bertembung

EMPAT pekerja kontraktor penyelengaraan KTMB cedera selepas dua jentera yang dikendalikan mereka bertembung di landasan berhampiran Stesen Chegar Perah, Kuala Lipis.

Kejadian berlaku pada pukul 9.45 pagi tadi menyebabkan Ng Chee Seng, 40, patah kaki kiri dan cedera di kepala, sementara pembantunya Rosli Mat Jidin, 39, cedera di kaki.

Dua lagi Operator Jentera, Zikrillah Rosli, 27, dan Nik Muhammad Danial Nik Yaakob, 23, masing-masing mengalami cedera ringan.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kesemua mangsa sedang menjalankan kerja-kerja menaik taraf landasan kereta api sektor Pantai Timur.

“Insiden itu menyebabkan landasan tunggal laluan tersebut terhalang dan tidak boleh dilalui oleh tren lain.

BACA > Tekun nafi dakwaan tidak sediakan pinjaman tanpa faedah sehingga RM10,000 — Suara Merdeka

“Perkhidmatan tren penumpang dari Stesen Gua Musang, Kelantan ke Stesen Kuala Lipis telah terjejas dan ditamatkan di Felda Chegar Perah.

“Semua 23 penumpang dan krew tren meneruskan perjalanan dengan van yang disediakan pihak KTMB.

“Pihak Bomba dan Penyelamat Lipis dan Sungai Koyan, anggota Balai Polis Merapoh dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APAM) Kuala Lipis berada di lokasi insiden sejurus dimaklumkan mengenai kejadian.

“Punca kejadian masih dalam siasatan. terbabit dalam kejadian itu merupakan kakitangan syarikat kontraktor terbabit.”

Demikian kenyataan KTMB yang turut memaklumkan kesemua mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk mendapatkan rawatan.

Susulan kejadian itu, kerja-kerja pemulihan giat dijalankan ekoran kemalangan di landasan tunggal itu menyebabkan laluan tersebut terhalang dan tidak boleh digunakan oleh tren lain.

“Insiden itu menyebabkan landasan tunggal laluan tersebut terhalang dan tidak boleh dilalui oleh tren lain.

“Perkhidmatan tren penumpang dari Stesen Gua Musang, Kelantan ke Stesen Kuala Lipis telah terjejas dan ditamatkan di Felda Chegar Perah.

“Semua 23 penumpang dan krew tren meneruskan perjalanan dengan van yang disediakan pihak KTMB.

“Punca kejadian masih dalam siasatan,” jelasnya.

BACA > Dua ditahan memandu secara mabuk — Suara Merdeka

Tambah KTMB, bagaimanapun keadaan kembali pulih tadi selepas kerja-kerja pembaikan giat dijalankan membolehkan perkhidmatan tren di laluan itu diteruskan. – SM

 

(Visited 293 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka
Back to top button