Luar NegaraSukan

Pemain bola sepak lagenda Brazil, Pelé meninggal dunia pada usia 82 tahun!

Pemain bola sepak lagenda Brazil, Pelé yang terlibat dalam kejuaraan Piala Dunia sebanyak tiga kali disahkan meninggal dunia pada usia 82 tahun.

Pemergian pemain bola sepak lagenda Brazil yang dianggap pemain terbaik pernah muncul itu disahkan anak perempuannya, Kely, menerusi media sosial.

“Kesemua kami mengucapkan terima kasih,” tulisnya. “Kami sayang awak selamanya. Rehat dengan tenang.”

Brazil rancang berkabung demi Pelé

Brazil telah merancang untuk mengadakan perkabungan nasional selama 48 jam demi Pelé dan beliau dijangka akan dikebumikan di Santos, tenggara Sao Paulo, tempat dia bermain bola sepak kelab dari 1956 hingga 1974.

Pelé telah keluar masuk hospital sepanjang tahun lalu ketika dia melawan kanser kolon.

Pada bulan November, Hospital Albert Einstein di Sao Paulo mengumumkan kansernya telah berkembang dan dia berada dalam rawatan paliatif.

Hospital Albert Einstein mengesahkan Pelé meninggal dunia pada 3:27 petang (waktu tempatan) akibat kegagalan pelbagai organ berpunca daripada kanser kolon.

(Visited 455 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button