BeritaPolitik

Kerajaan gagal bela nasib peneroka, pekebun sawit

SUARA MERDEKA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan kebimbangan dan kerisauan Pekebun Kecil dan Peneroka FELDA seluruh negara dengan ancaman menghadkan import minyak sawit Malaysia oleh pemain industri sawit India yang bakal boleh meningkatkan stok minyak sawit mentah (CPO) negara.

Ini katanya, sekaligus boleh menurunkan lagi harganya serta memberi kesan kepada kehidupan Pekebun Kecil dan Peneroka di negara ini.

Sehubungan itu, selepas menerima memorandum daripada pekebun sawit dan peneroka FELDA di luar bangunan Parlimen hari ini, Ismail Sabri mendesak kerajaan bertindak sewajarnya terhadap isu tersebut.

Antaranya mendesak kerajaan:

  1. Membentangkan dan memaklumkan kepada umum berkaitan pelan strategik pengukuhan harga sawit, pasaran dan eksport harga sawit.
  2. Menyatakan langkah-langkah segera dan pengurusan krisis jika sekiranya negara India mengambil langkah mengurangkan atau memberhentikan import sawit dari Malaysia.
  3. Menyediakan peruntukan khusus bagi membantu meringankan beban Pekebun Kecil dan Peneroka Felda sekiranya harga minyak sawit terus jatuh sehingga aras terendah.
  4. Memastikan agar inisiatif tanam semula sawit diberikan semula kepada para pekebun kecil menerusi RISDA dan MPOB.
  5. Mendesak untuk kerajaan memulihkan hubungan diplomasi antara Malaysia dengan Negara-Negara pengimport sawit.
(Visited 70 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button