Rencah Hidup

Penyewa disuruh berpindah 24 jam atas alasan kaum

SEORANG lelaki melahirkan perasaan jelik dan marah kepada pemilik bilik yang disewanya tidak sampai sebulah. Dia telah diarahkan keluar oleh pemilik rumah tersebut kerana mahu menyewakannya kepada kaum tertentu sahaja.

Diivek Suppiah dalam satu hantaran di Facebooknya berkata, dia hanya diberikan notis 24 jam melalui pesanan ringkas untuk segera berpindah keluar dari bilik berkenaan.

 

Menurut Diivek dia telah menempah bilik itu untuk disewa pada bulan lalu. Dia juga telah membayar wang pendahuluan serta bayaran sewa seperti yang dikehendaki dalam perjanjian.

Bilik yang disewa Diivek sebelum diminta keluar.

Dia mula menginap di bilik yang terletak di Subang SS13 itu awal bulan ini. Bagaimanapun selepas 13 hari menginap di bilik itu dia telah mendapat mesej untuk segera mengosongkan bilik berkenaan kerana pemilik mahu menyewakannya kepada kaum tertentu sahaja.

“Hi, selama selamat pagi, maaf, saya ingin memaklumkan selepas berbincang dengan ahli keluarga dan rakan kongsi, kami berhasrat menyewakannya kepada penyewa berketurunan Cina sahaja.

“Jadi, tolong kosongkan bilik utama hari ini juga. Dan saya akan jumpa anda esok pagi pukul 11 dan cuba menyelesaikan semua masalah, terima kasih,” tulis pemilik rumah berkenaan kepada Diivek.

Tegas Diivek, pemilik rumah berkenaan sepatutnya dari awal lagi menyatakan bahawa bilik tersebut hanya untuk disewa oleh kaum tertentu sahaja. Jadi dia tidak perlu bersusah payah untuk membayar sewa dan memindahkan barang ke bilik berkenaan.

“Pertamanya, ya, saya seorang berketurunan India, lahir dan dibesarkan di Malaysia. Anda sepatutnya memberitahu perlukan penyewa berbangsa Cina sahaja, jadi saya tidak perlu tempah atau mencadangkan kepada sesiapa menyewa rumah anda.

“Dengan hanya memberi saya notis satu hari anda menjangkakan saya untuk keluar? Anda fikir saya mempunyai masa lapang untuk berpindah ke sana dan ke sini? Jelas menunjukkan anda seorang yang rasis.” kata Diivek.

Diivek mengemas biliknya untuk berpindah.

Diivek sangat kesal dan marah dengan apa yang dialaminya. Menurutnya, dia tidak sangka mentaliti sebegitu masih wujud dalam kalangan rakyat Malaysia pada tahun 2020.

“Anda sangat memalukan. Saya ada kawan daripada pelbagai kaum dan kami tidak mempunyai isu langsung. Jadi saya tidak faham kepada perkara seperti ini mash berlaku.

“Semua bangsa berhak untuk dilayan dengan hormat dan saksama. Dan saya berbangga menjadi seorang India Malaysia,” tegas Diivek.

Dalam satu hantaran yang lain, Diivek berkongsi gambar beliau sedang mengemas bilik berkenaan untuk berpindah seperti yang diminta.

Namun menurutnya, dia akan menyaman pemilik bilik berkenaan kerana perjanjian sewaan telahpun ditandatangani dan dipersetujui.

Bilik baru yang berjaya dicari dalam tempoh 24 jam.

Diivek juga menyatakan dia berjaya mencari bilik sewa dalam dalam tempoh yang singkat itu dan mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang membantunya memindahkan barang ke bilik baharu.

Jelas Diivek segala yang dialaminya itu amat memberikan tekanan perasaan dan meletihkan.-SM

(Visited 310 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button