NegeriRencah Hidup

Karnival Merdeka Chemumar anjuran Masjid Babul Ibadah, Perlis meriah

Karnival Merdeka Chemumar 2023 di pekarangan Masjid Babul Ibadah di Kampung Chemumar, Simpang Empat, Arau, Perlis berlangsung dengan penuh meriah.

Sekaligus karnival anjuran Jawatankuasa Kariah Masjid Babul Ibadah ini membuktikan bahawa masjid bukanlah sekadar tempat ibadah semata-mata.

Kanak-kanak yang menyertai pertandingan fesyen merdeka sempena Karnival Merdeka Chemumar 2023 di pekarangan Masjid Babul Ibadah, Kampung Chemumar, Simpang Empat, Arau, Perlis. – Gambar Ihsan Masjid Babul Ibadah Chemumar.

“Bermula dari solat berjemaah, dari sini ikatan perpaduan boleh terus diperkukuhkan antara anak kariah menerusi penganjuran sambutan Hari Kebangsaan Ke-66,” kata Imam 1, Muhammad Faidhi Azis.

Sehubungan itu katanya pelbagai aktiviti dianjurkan bagi menyemai semangat kemerdekaan yang boleh disertai oleh anak kariah dari kanak-kanak sehingga warga emas.

Katanya, pelbagai aktiviti diadakan termasuk pameran oleh agensi kerajaan seperti Askar Wataniah, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs).

Mohd Ridzuan (tengah), Muhammad Faidhi bersama AJK masjid sempena Karnival Merdeka Chemumar 2023 di pekarangan Masjid Babul Ibadah di Kampung Chemumar, Simpang Empat, Arau, Perlis. – Gambar Ihsan Masjid Babul Ibadah Chemumar.

Selain itu katanya, terdapat juga aktiviti mewarna kanak-kanak, pertandingan fesyen merdeka dan basikal berhias.

Tambahnya, diadakan juga persembahan silat seni pusaka tujuh dan demonstrasi tangkap ular oleh Angkatan Pertahan Awam (APM) Perlis.

Anak kariah bergotong royong memasak untuk makan tengah hari sempena Karnival Merdeka Chemumar 2023 di pekarangan Masjid Babul Ibadah. – Gambar Ihsan FB Masjid Babul Ibadah Chemumar.

Selain itu, anak kariah juga bergotong royong memasak untuk makanan tengah hari.

Terdapat juga gerainjualan yang juga menampilkan pelbagai jualan makanan.

Juga diadakan Konvoi Merdeka Chemumar 2023 secara bermotosikal yang diketuai oleh Siak 2, Azmi Idris bersama para pegawai masjid, jawatankuasa dan warga Chemumar.

Katanya, konvoi ini juga telah menyerahkan Jalur Gemilang kepada lima buah rumah terpilih sebagai gimik sambutan kemerdekaan.

“Persinggahan pertama di rumah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Chemumar,
Che Saad Saep seterusnya bekas Bilal masjid, Bakar Din, Jaafar di Behor Pengapit, Bendahari masjid, Abdul Rahman dan terakhir di rumah bekas Amil Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Perlis (MAIPs) Mohd Yusof Ahmad.

Kemeriahan karnival juga diserikan lagi dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Sanji, Mohd Ridzuan Hashim. – SM

BACA Unik sambutan Merdeka@Komuniti Keluarga Taman Perlis

(Visited 210 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button