Nasional

COVID-19: MRA harap orang ramai terus sumbang

MALAYSIAN Relief Agency (MRA) berharap mereka yang berkemampuan terus memberi sumbangan bagi membantu negara melawan wabak COVID-19.

Presiden MRA, Dr. Mohd Daud Sulaiman berkata, semua rakyat perlu memainkan peranan dalam memutuskan rantaian penularan wabak maut itu.

Selaku pertubuhan bukan kerajaan atau NGO, kata Mohd Daud, pihaknya sentiasa mengamalkan langkah pencegahan dalam mengendalikan keperluan untuk disalur kepada pihak memerlukan termasuk mereka yang bertugas di barisan hadapan.

Menurut beliau, pematuhan SOP semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) amat penting bagi memastikan tiada kluster baharu jangkitan virus COVID-19.

MRA juga, jelas beliau berkoordinasi dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam menyalurkan bantuan.

Bagaimanapun ujar beliau, SOP penjarakan sosial di antara sukarelawan, petugas, penyumbang dan penerima akan sentiasa dipatuhi.

Bagi rakyat keseluruhannya beliau menasihatkan supaya kekal di dalam rumah dan mematuhi PKP kerana dengan hanya kerjasama semua pihak wabak berkenaan dapat ditewaskan.

Kerajaan melaksanakan PKP dengan hasrat memutuskan rantaian penularan COVID-19, dengan fasa pertama bermula dari 18 hingga 31 Mac, diikuti dengan fasa kedua dari 1 April hingga 14 April.

Sehingga pukul 12 tengah hari ini, jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia adalah 4,228 manakala jumlah kematian 67.

Dalam pada itu beliau amat berharap sumbangan daripada orang ramai dan ia boleh disalurkan melalui akaun bank RHB: 2642450007270. – SM

VIDEO PETUGAS MRA MENGENDALIKAN BANTUAN

 

BACA JUGA:

 

(Visited 204 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button