BeritaNasional

Dr. Mahathir selesai menghadap Agong di Istana Negara

PERDANA Menteri interim Tun Dr. Mahathir Mohamad selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara kira-kira 12 tengah hari ini.

Sebelum itu, beliau tiba di Istana Negara pada 10.57 pagi.

Dr. Mahathir dilihat tiba di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya pada 12.25 tengah hari.

Bernama masih cuba mendapatkan pengesahan berhubung tujuan kehadiran Dr. Mahathir di Istana Negara.

Yang di-Pertuan Agong selesai menemu bual ahli-ahli Parlimen secara individu pada Selasa dan Rabu susulan kemelut politik negara berikutan kerajaan Pakatan Harapan (PH) hilang kuasa.

Seri Paduka mahu mendengar sendiri pandangan setiap Ahli Parlimen dalam mencari penyelesaian terhadap kemelut tersebut.

Ini menyaksikan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen subur di negara ini apabila Al-Sultan Abdullah menjalankan peranan dalam mendapatkan fakta bagi membantu baginda membuat keputusan lanjut berhubung masalah tersebut.

Dr. Mahathir pada Isnin, meletak jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh serta pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan beberapa jam kemudian Seri Paduka melantiknya sebagai Perdana Menteri interim.

— BERNAMA

(Visited 176 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button