NasionalNegeriRibut

149 rumah dipukul angin ribut di Perlis

ANGIN ribut yang disertai hujan lebat mulai pukul 4.45 petang di Perlis telah mengakibatkan suasana hari ke tujuh umat Islam berpuasa diuji dengan musibah.

Ini berikutan angin ribut ini telah mengakibatkan bumbung rumah dan premis diterbangkan angin manakala khemah dan barang jualan beberapa lokasi di Pasar Ramadan dan Bazar Aidilfitri juga rosak.

Barang jualan yang telah siap sedia diletak atas meja di gerai Mohd Nor musnah akibat ribut.

Sehingga pukul 12 tengah malam tadi, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Mohd Nazim Mohd Noor berkata, sebanyak 149 rumah terlibat dalam kejadian ribut pada petang ini.

“Bagi Zon Barat di Kariah Masjid Putra melibatkan 71 rumah iaitu Kampung Baru dan Taman Intan, lima di Taman Datuk Setia dan satu rumah di Taman Utama Indah,” katanya dalam kenyataan kemaskini jumlah rumah yand dibadai ribut di Facebook (FB).

Antara kereta yang dihempap pokok tumbang.

Selebihnya, kata Mohd Nazim, melibatkan Kariah Repoh sebanyak tujuh rumah, Kariah Behor Empiang (satu), Kariah Kangar iaitu satu dari Taman Kechor Indah, lapan di Rancangan Perumahan Awam (RPA) Kangar dan satu rumah bersebelahan pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis, Kariah Behor Empiang (11) dan 10 rumah di Taman Ira.

“Kariah Longboh pula melibatkan dua rumah, Kariah Sempering (tujuh) dan Kariah Tambun Tulang pula satu rumah di Cempaka Putih,” katanya.

Bumbung rumah yang dikopak angin.

Katanya lagi, bagi Zon Tengah pula melibatkan enam rumah di Kariah Behor Temak dan Kariah Kota Kayang (satu) di Tok Kuning.

Katanya, di Kariah Seberang Ramai, Kuala Perlis pula masing-masing melibatkan satu rumah di Kampung Tandiap, Kampung Tengah, Kampung Pulau Ketam dan Seberang Alor.

Tambahnya, hanya satu rumah di Kariah Bangsal Lebah manakala di Kariah Telok Jambu pula lima rumah.

Tambah beliau, di Zon Timur pula bagi Kariah Panggas (satu) manakala bagi Zon Selatan pula melibatkan dua rumah di Kariah Chemumar dan masing-masing satu di Kariah Behor Mentalon dan Kariah Binjal.

Tinjauan Suara Merdeka di Pasar Ramadan Taman Sena mendapati terdapat lebih kurang lima gerai rosak akibat ribut.

Mohd Nor Syamizi

Salah satunya gerai menjual pelbagai lauk-pauk milik Mohd Nor Syamizi, 39, yang tidak menyangka hujan ribut kali ini merosakkan hampir keseluruhan bahan jualannya.

“Sekalipun semua ditutup plastik tetapi apabila ribut merosakkan tiga khemah saya maka kesemuanya jualan rosak,” katanya yang pertama kali berniaga di Pasar Ramadan tahun ini.

Katanya, dia mengalami kerugian lebih kurang RM1,000 itu tetap redha sebagai ujian di bulan mulia ini.

Selain itu papan tanda besar, pokok juga tumbang merintangi jalan dan ada juga meranapkan kereta.

Setelah sekian lama Perlis berpanas terik, kejadian hujan ribut petang ini walaupun sekejap tetapi membawa kerosakan harta benda di luar jangkaan. – SM

BACA Budak perempuan 12 tahun maut direnjat elektrik guna telefon waktu ribut petir

BACA Mangsa ribut di Tanjong Bidara mula terima atap baharu

(Visited 309 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button