Ekonomi

Penyelesaian tuntutan banjir pantas untuk pelanggan Allianz General

Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) telah melancarkan inisiatif penyelesaian tuntutan banjir pantas.

Pada masa ini, pelanggan Allianz General boleh menghubungi 1-800-22-5542 untuk bantuan menunda (Pemegang polisi Komprehensif Motor) atau untuk mempercepatkan tuntutan bagi
mereka yang mempunyai insurans rumah atau komersial.

Ketua Pegawai Tuntutan Allianz General Damian Williams berkata, Inisiatif tuntutan pantas kami mempunyai satu matlamat – untuk mendekati pelanggan kami dengan kadar segera dan memberikan mereka bantuan kewangan yang cepat.

“Ia adalah tentang bersedia untuk pelanggan kami pada masa-masa yang terjejas. "Jadi, untuk inisiatif khas ini, kami memperluaskan bantuan tunda kepada semua pemegang polisi Motor Komprehensif tanpa lanjutan perlindungan banjir,” katanya dalam kenyataan.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif khas itu, Syarikat menempatkan kesemua 250 trak tunda Allianz Road Rangers di seluruh negara dalam keadaan bersiap sedia untuk memudahkan perkhidmatan tunda dan bersedia menggerakkan aset tuntutan banjir termasuk tujuh kenderaan 4×4 berjenama Allianz, sebuah karavan tuntutan, dan pasukan pelaras di seluruh negara untuk
mempercepatkan siasatan bagi memastikan penyelesaian tuntutan pantas.

Bagi pemegang polisi individu (seperti Smart Home Cover), Syarikat akan menyediakan penyelesaian penuh tuntutan atau pembayaran interim dalam tempoh lima hari setelah menerima kunjungan dari pelaras.

Insurans kebakaran (jalur komersial) akan menerima pembayaran dalam masa lima hari setelah menerima kunjungan dari pelaras, dimana penyelesaian tuntutan penuh dibayar antara 21 hingga 28 hari setelah menerima kunjungan dari pelaras.

Namun, sekiranya atas sebab apa pun, Syarikat tidak dapat menyelesaikan tuntutan sebelum hari yang ke 28, maka pembayaran sementara kedua akan dibuat sebelum hari ke 30. – SM

(Visited 170 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button