Nasional

191 rakyat Malaysia terkandas di luar negara dalam kategori kritikal

SERAMAI 191 orang rakyat Malaysia  yang masih terkandas di luar negara akibat penularan Covid-19 kini dikategorikan sebagai kumpulan kritikal.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberitahu jumlah tersebut termasuk 189 jemaah tabligh Malaysia yang berada di India.

Mereka kini berhadapan dengan tindakan undang-undang oleh negara terbabit,

“Ada yang telah didakwa di mahkamah dan dijatuhkan hukuman, ada yang sudah didakwa tetapi masih belum melalui proses kehakiman dan ada yang masih lagi dalam kuarantin dan belum didakwa di mahkamah.

“Maklumat terkini (jemaah tabligh Malaysia di India) saya akan edarkan secara bertulis dan ini merupakan perkembangan yang agak positif,” katanya pada sidang akhbar di bilik media Parlimen di sini hari ini.

Hishammuddin turut memberitahu, sehingga kni kerajaan berjaya membawa pulang 23,955 rakyat Malaysia yang terkandas di 82 negara.

Manakala 0,159 orang rakyat Malaysia yang berada di luar negara berada dalam senarai berpotensi untuk dibawa pulang oleh Wisma Putra.

Hishammudin berkata, daripada jumlah itu seramai 9,270 orang ialah pelajar dan sebahagian besar mereka berada di tahun akhir pengajian.

“Covid-19 masih jauh daripada berakhir, jadi kita membuat perancangan proaktif sama ada pelajar yang berada di tahun terakhir perlu kembali dan mesti ambil maklum di mana mereka.

“Sekarang ini mereka tidak kritikal untuk dibawa balik tetapi kita hanya melakukan persediaan,” katanya.

Katanya, Wisma Putra memberi perhatian kepada pelajar tahun akhir khususnya yang tidak berada di bawah tajaan kerana menyedari kesukaran yang akan dihadapi jika pandemik itu masih berpanjangan.-SM

 

(Visited 69 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button