Nasional

Ada hati nak bagi rasuah, kan dah kena tahan

SUDAHLAH membuat kesalahan dengan memandu tanpa lesen memandu, kemudian cuba pula nak memberi rasuah kepada pihak berkuasa semata-mata untuk melepaskan diri.

Tindakan dua lelaki warga asing itu bagaimanapun mengundang padah apabila mereka ditahan kira-kira pukul 10.50 pagi pada 20 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, kedua-dua suspek berusia 29 dan 46 tahun.

“Kejadian berlaku ketika tiga anggota polis bersama seorang anggota tentera sedang menjalanan rondaan di Jalan Teknologi 3/1 Kota Damansara, Petaling Jaya.

“Ketika kita cuba menahannya, pemandu tersebut memecut kenderaan untuk melarikan diri sebelum berjaya ditahan di kawasan berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BACA> 9,490 di PKPD Amanjaya belum menjalani saringan Covid-19

Menurut Nik Ezanee, hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua mereka gagal menunjukkan lesen memandu dan dokumen perjalanan yang sah.

Seorang daripada suspek juga telah menawarkan wang tunai RM500 dan boleh menambah jumlah itu asalkan dia dapat dilepaskan.

“Kita kemudian telah menahan suspek yang kini direman selama tujuh hari untuk disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta Suruhan

Nik Ezanee berkata, mereka kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

BACA> Shafie terkejut Guan Eng tak dibenar masuk Sabah

Tambahnya, selain tangkapan, pihaknya turut merampas kereta jenis Proton Wira yang dinaiki kedua-dua suspek. -SM

(Visited 200 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button