Uncategorized

Penyanyi rap Takeoff maut ditembak di kepala

Penyanyi rap dari Amerika Syarikat, Takeoff, 28, maut ditembak di satu lorong di Houston, Texas, semalam.

Takeoff atau nama sebenarnya, Kirshnik Khari Ball yang merupakan ahli kumpulan trio meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketika kejadian itu berlaku, dia dikatakan hadir satu majlis tertutup di premis 810 Biliards & Bawling Houston.

Semuanya gara-gara buah dadu yang dilontarkan dalam satu permainan. Difahamkan salah seorang daripada pemain tidak berpuas hati terhadap Takeoff lalu dilepaskan tembakan di kepala Takeoff.

Mangsa meninggal dunia atas pangkuan bapa saudaranya dan disaksikan oleh rakan dari kumpulan Migos Quavo.

Untuk rekod, Takeoff pernah tercalon dalam Anugerah Grammy bagi kategori untuk penerbitan album pertama kumpulan dan mereka berjaya menduduki tangga ketiga dalam senarai carta Album Rap Top Billboard. – SM

(Visited 215 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button