Hiburan

Penyanyi Kenny Rogers meninggal dunia kerana sakit tua

PENYANYI yang popular dengan lagu-lagu bercorak country, Kenny Rogers meninggal dunia di kediamannya di Sandy Springs, Georgia hari ini.

Mendiang Rogers meninggal dunia pada usia 81 tahun dan khabar dukacita itu dimaklumkan oleh ahli keluarganya menerusi media sosial Tweeter.

Rogers yang juga merupakan seorang komposer dan rakan duet Dolly Parton menerusi lagu berjudul Island In The Stream, meninggal dunia kerana sakit tua pada pukul 10.25 pagi.

Rogers mencipta nama dalam industri muzik selama enam dekad dan meninggalkan kesan mendalam ke atas sejarah Muzik Amerika.

Pernah merangkul anugerah multi-Grammy Award menerusi hasil karyanya, The Gambler, Islands In The Stream dan Through the Years, sepanjang hidupnya, Rogers banyak menyentuh kehidupan jutaan peminat dan masyarakat penggemar muzik seluruh dunia.

Upacara mengingati pemergian Rogers akan diadakan secara kecil-kecilan disebabkan oleh pendamik COVID-19, kata ahli keluarga mendiang Rogers.

“Upacara akan diadakan, cuma belum dapat ditentukan bilakah tarikhnya dan bakal diadakan di Country Music Hall of Fame.

“Upacara ini untuk ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat sahaja,” katanya.

Sementara itu antara rakan artis yang paling awal menyampaikan ucapan takziah di atas kematian Rogers ialah penyanyi LeAnn Rimes menerusi ciapannya di Tweeter.

“Anda sentiasa dan selalu akan menjadi legenda. Kami akan merindui anda,” ciapan Rimes.

Mendiang Rogers dilahirkan di Houston dan mempunyai tujuh orang adik beradik.

Rogers berkahwin dengan Wanda dan dikurniakan cahaya mata iaitu Justin, Jordan, Chris dan Kenny Jr dan mempunyai beberapa orang cucu.

Sumber artikel dipetik daripada HUFFPOST. – SM

(Visited 465 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button