Ekonomi

Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur pada sesi dagangan sebelah pagi

BURSA Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi bercampur-campur, dengan indeks utama meningkat 0.41% pada sokongan belian untuk saham berwajaran tinggi terpilih yang diketuai oleh Sime Darby Plantation Bhd dan CIMB Group Holdings Bhd.

Pada waktu rehat makan tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 6.19 mata kepada 1,521.14 dari penutupan Khamis pada 1,514.95.

Pasaran yang dibuka 2.28 mata lebih tinggi pada 1,517.23, turun naik antara 1,516.66 dan 1,521.95 pada sesi tersebut.

Keseluruhan, saham rugi mengatasi kaunter untung 406 hingga 392, sementara 438 kaunter tidak berubah, 972 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 1.96 bilion unit bernilai RM881.8 juta.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Sime Darby Plantation melonjak 28 sen kepada RM4.07, CIMB naik empat sen kepada RM4.64, Maxis Bhd meningkat lima sen kepada RM4.45, dan Malayan Banking Bhd naik tiga sen kepada RM8.12.

Sementara itu, Tenaga Nasional Bhd dan IHH Healthcare Bhd masing-masing susut dua sen kepada RM9.88 dan RM5.77, sementara Press Metal Aluminium Holdings Bhd dan Axiata Group Bhd masing-masing turun satu sen kepada RM4.90 dan RM3.91.

Saham aktif ialah KNM Group Bhd dan Advance Synergy Bhd masing-masing naik 1.5 sen kepada 23 sen dan 18.5 sen, TFP Solutions Bhd tidak berubah pada 21 sen, Fitters Diversified Bhd turun 2.5 sen kepada 34.5 sen, dan Avillion Bhd turun 1.5 sen kepada 18.5 sen sen.

Indeks FBM Emas meningkat 46.02 mata kepada 11,120.32, Indeks FBMT 100 meningkat 44.73 mata kepada 10,835.41, FBM 70 naik 62.54 mata kepada 14,589.85, Indeks FBM Emas Shariah naik 52.43 mata kepada 12,233.77, dan FBM ACE naik 22.15 mata kepada 7,132.31.

Dari segi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 43.88 mata kepada 14.840.58, Indeks Perladangan melonjak 125.75 mata kepada 6.499.25, sementara Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri turun 0.03 mata kepada 188.84.

(Visited 67 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button