fbpx
Nasional

Penumpang cemas, monorel tiba-tiba terbakar

RUTIN harian warga kota yang menggunakan perkhidmatan awam monorel bertukar cemas hari ini selepas satu daripada gerabak pengangkutan awam itu terbakar di Stesen Jalan Maharajalela.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Mohamad Iqbal Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 7.27 pagi.

“Lima jentera dengan kekuatan 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah dan BBP Pudu ke bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, kita mendapati kebakaran melibatkan gerabak penumpang di Stesen Monorel Jalan Maharajalela menghala ke KL Sentral,” katanya.


Menurutnya, kesemua penumpang telah selamat keluar dari gerabak sebelum pihaknya sampai oleh petugas Stesen Monorel.

Ujarnya, kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya pada kira-kira pukul 8.56 pagi.

Tambahnya, tiada mangsa yang cedera dalam kejadian tersebut dan punca kebakaran masih dalam siasatan. -SM

 

(Visited 93 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button