Nasional

Izran graduan UPSI jual 17,000 buku tajwid semasa belajar

Banyak kos yang perlu ditanggung semasa di universiti, memberi inspirasi kepada graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam Dengan Kepujian , Izran Mohamad Saaban, 27, untuk menghasilkan buku “Ringkasan Ilmu Tajwid Al-Quran”.

Izran, anak sulung daripada enam beradik yang memperolehi jazah sarjana muda kelas pertama dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.89 menerima Pingat Emas Lembaga Pengarah Universiti sempena majlis Istiadat Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-24 yang disampaikan Canselor, Tuanku Zara Salim di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah.

Izran yang juga berkelulusan Diploma Pengajian Islam di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (kini Kolej Universiti ), begitu aktif bersama Sahabat Ulul Albab UPSI sebagai Timbalan Yang Dipertua dan Persatuan Pendidikan Islam sebagai Exco Dakwah pada 2018.

Prof Md Amin(dua dari kiri) melihat buku “Ringkasan Ilmu Tajwid Al-Quran” karya Izran yang terjual sebanyak 17,000 naskah sambil disaksikan Pendaftar, Helmi Zaifura Abdul Rahman dan Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat, Prof Madya Dr Mohd Izwan Shahril.

Anak kepada pesara Pekerja Am Rendah sebuah sekolah rendah, Mohamad Saaban Abdul Rahman, 60, dan Guru Kafa, Rodiah Abdullah, 52, di Kampung Sat Hilir, Tanah Merah, Kelantan ini pernah mendapat didikan di Markaz Nile, Kaherah, Mesir selama setahun dalam pengajian Bahasa Arab dan Talaqqi Al-Quran.

“Menyedari saya bukanlah daripada keluarga yang senang dan banyak kos yang perlu ditanggung semasa belajar, duit pinjaman mampu menampung kos kehidupan untuk belajar, maka berbekalkan sedikit kemahiran dan modal dari tabung pinjaman pendidikan, dengan bantuan rakan-rakan, Izran menghasilkan karya penulisan ringkas tentang ilmu Tajwid al-Quran.

“Alhamdulillah Ringkasan Ilmu Tajwid Al-Quran yang saya tulis, terjual lebih 17,000 naskah sepanjang empat tahun pengajian di UPSI sekali gus dapat membantu menampung kos hidup semasa.

Izran menjual buku berkenaan secara online dan aktif menerima jemputan seminar tajwid di sekitar kawasan setempat dan turut mengadakan kelas secara online menerusi platform Zoom.
Katanya, semasa belajar, pada siang harinya menuntut ilmu, hadir ke kuliah, membuat tugasan, namun pada malamnya bersengkang mata menghasilkan buku, dan mencari rujukan.

“Sungguh pun begitu, saya tidak pernah mengabaikan tanggungjawab saya sebagai mahasiswa, saya tekad untuk mendapatkan kecemerlangan akademik sama seperti rakan-rakan yang lain,” katanya.

Dia bersyukur buku yang dihasilkannya itu sudah memanfaatkan belasan ribu ummat Islam di negara ini dan Nusantara dan memenuhi niatnya untuk membantu masyarakat membaca kitab suci Al-Quran dengan baik dan lancar.
Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff melahirkan rasa bangga dengan kreativiti Izran yang mengamalkan budaya keusahawanan semasa belajar lagi.

“Sememangnya Izran sememangnya layak untuk menerima Anugerah Pingat Emas Lembaga Pengarah Universiti , malah hasil karyanya itu sangat bermanfaat untuk masyarakat,” katanya.

(Visited 164 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button