Politik

Polis siasat video tular bertengkar pasang bendera parti

PERTENGKARAN antara beberapa individu yang berlaku dipercayai berkaitan dengan pemasangan bendera parti di pintu masuk sebuah kampung di Iskandar Puteri menjadi tular di media sosial.

Ekoran itu, polis Johor menjalankan siasatan terhadap rakaman video yang tular itu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata, rakaman video itu dikesan tular semalam pada pukul 6 petang.

Katanya, bagaimanapun sehingga kini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu.

“Polis mengesan rakaman yang memaparkan pertengkaran mulut melibatkan beberapa individu terdiri daripada ahli parti yang berbeza.

“Bagaimanapun sehingga kini, belum ada sebarang laporan diterima berhubung insiden itu dan siasatan telah mula dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.

Dzulkhairi berkata, orang ramai atau saksi kejadian diminta tampil membuat laporan polis untuk siasatan lanjut.

Beliau pada masa sama turut menasihatkan agar semua pihak yang terlibat dalam gerak kerja parti supaya mengawal tingkah laku dan emosi sepanjang perjalanan pilihan raya negeri (PRN) Johor .

Ini bagi mengelakkan sebarang kekecohan atau insiden yang boleh mengganggu ketenteraman awam, katanya.

“Netizen turut dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi dengan menggunakan video yang diviralkan dalam insiden tersebut,” katanya. – SM

 

(Visited 274 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button