Politik

Penubuhan kerajaan negeri Perak yang baharu masih buntu

SETAKAT ini penubuhan kerajaan negeri baharu di Perak masih lagi buntu apabila tiada mana-mana parti atau calon yang mempunyai bilangan mencukupi walaupun majoriti kecil untuk menubuhkan kerajaan negeri.

Ahli Dewan Negara Perak Datuk Seri Mohd Annuar Zaini berkata, Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hanya akan memainkan peranan memilih menteri besar setelah baginda yakin bahawa calon yang dipersembahkan mendapat sokongan majoriti mudah.

“Duli Yang Maha Mulia (DYMM) ambil maklum seperti di hari-hari sebelum, peranan DYMM hanyalah setelah diyakinkan bahawa calon yang akan dipersembahkan itu telah mendapat sokongan majoriti mudah.

“Dan pihak istana bersedia apabila diyakinkan sudah ada calon yang sudah dapat majoriti mudah untuk angkat sumpah jawatan menteri besar yang baru.

“Tak ada lagi yang mengadap, balik berehat. Setakat ini masih belum ada,” katanya pada sidang media di luar Istana Kinta, Ipoh hari ini.


Setakat ini, Sultan Nazrin telah berkenan menerima mengadap pemimpin parti-parti politik daripada PH (DAP, Amanah dan PKR), serta UMNO dan BN.-SM

(Visited 139 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button