Mahkamah

Pensyarah saman pemimpin DAP

Penganalisis politik dan pensyarah kanan di Universiti Utara Malaysia (UUM), Kamarul Zaman Yusoff berkata, beliau akan memfailkan saman fitnah terhadap tiga pihak, antaranya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, kenyataan berunsur fitnah yang dibuat Lim pada 21 April antaranya mendakwa beliau memalukan kedudukan akademiknya dengan menulis di portal berita Harakah dan mempersoal motif Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim membantu seorang Melayu Islam di kawasan yang diwakilinya.

Kamarul juga berkata, Lim turut mendakwa bahawa beliau dengan jahat melabelkan Steven sebagai mubaligh Kristian Cina walaupun Steven tidak pernah menyampaikan khutbah di mana-mana gereja.

Dakwaan lain katanya ialah membandingkan secara tidak wajar pemberian sebuah motosikal oleh Steven dengan pemberian sebuah motosikal oleh seorang timbalan menteri Melayu.

“Membenci dan mencerca orang bukan Melayu atau bukan Islam membantu orang Melayu atau orang Islam dengan melabelkan mereka sebagai mubaligh Kristian Cina,” kata Kamarul dalam satu kenyataan, merujuk kepada Lim.

Sebelum ini, isu pemberian bantuan motosikal oleh Steven kepada seorang penghantar makanan menjadi tular selepas beberapa pengamal media dan netizen dilaporkan gagal mengesan individu terbabit.

“Bagi membersihkan diri saya daripada pelbagai tuduhan yang dilemparkan sehubungan isu pemberian bantuan motosikal oleh Steven, saya telah memulakan tindakan undang-undang ke atas tiga pihak yang memfitnah saya,” katanya.

(Visited 237 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button