fbpx
PRK

Penjumlahan undi PRK Parlimen Kimanis

PENJUMLAHAN undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) P.176 Parlimen Kimanis akan bermula di Dewan Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun Banir di sini, selepas proses pengundian tamat pada 5 petang.

Proses pengundian PRK itu dijalankan sejak 7.30 pagi.

Keputusan rasmi dijangka diketahui sebelum 10 malam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melantik 653 petugas pilihan raya bagi mengendalikan proses pengundian itu.

PRK Parlimen Kimanis menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Karim Bujang dan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohamad Alamin.

PRK Parlimen Kimanis diadakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 2 Dis lepas mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu yang membatalkan kemenangan bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman bagi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.

Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu pada 16 Ogos tahun lepas memutuskan bahawa kemenangan Anifah di kerusi itu sebagai tidak sah dan terbatal selepas mendapati ada kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya.

PRK berkenaan merupakan pilihan raya kecil ke-10 sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada Mei 2018.

Berikut ialah perkembangan pengiraan dan penjumlahan undi bagi PRK Kimanis:

5.00 petang – Kesemua 19 pusat pengundian ditutup dan peti undi akan dibawa ke Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Datuk Seri Panglima Hj Mohd Dun Banir, Beaufort. – BERNAMA

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button