Nasionalpilihan

Penjawat awam harus perkasakan budaya intrapreneurship untuk kekal relevan

PEMERKASAAN budaya intrapreneurship dalam organisasi awam amat penting, bagi memastikan para penjawat awam kekal relevan dengan keperluan semasa dan masa hadapan.

Budaya ini menerapkan kepada setiap anggota perkhidmatan awam supaya berfikir merekalah yang menjalankan perniagaan atau usahawan, untuk sentiasa proaktif, efektif dan efisien untuk memudah cara serta meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada semua pemegang taruh.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tindakan tersebut perlu cepat, tepat dan berkesan serta memenuhi ekspektasi yang diharapkan oleh rakyat dan sesiapa sahaja yang menerima perkhidmatan kerajaan.

“Penjawat awam juga perlu memiliki keupayaan Kepintaran Kontekstual (Contextual Intelligence) bagi mengaplikasikan pengetahuan dan kompetensi yang dimiliki serta menghasilkan penyelesaian di luar rutin kebiasaan.

“Keupayaan Kepintaran Teknologi (Technology Quotient) perlu dipertingkatkan, dengan mengaplikasi sertamemaksimumkan penggunaan teknologi sedia ada bagi menghasilkan nilai tambah dalam penyampaian
perkhidmatan,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian dalam Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke – 18 (XVIII) yang dianjurkan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.

Ujar Perdana Menteri, contoh kejayaan perkhidmatan digital yang terbaik adalah penggunaan aplikasi MySejahtera ketika penularan COVID19 yang meletakkan negara sebagai negara Asia Tenggara pertama menggunakan aplikasi digital dalam mengurus tadbir pandemik, sehingga menempatkan negara pada kelompok tertinggi, iaitu ke 47 daripada 193 buah negara dalam Indeks Pembangunan Kerajaan Elektronik (EGDI).

“Kita sedar, dalam era Revolusi Industri 4.0, keperluan perkhidmatan melalui medium digital amat kritikal dan
inisiatif Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia (MyDigital), telah menyaksikan pelaksanaan
perkhidmatan Kerajaan secara End to End (E2E) telah melepasi tahap 68 peratus.

“Inisiatif pendigitalan E2E antaranya MyOnline Pasport bagi pembaharuan pasport, Sistem Pengurusan Berpusat
Pekerja Asing (FWCMS) bagi permohonan penggajian pekerja asing dan i-Citra bagi permohonan pengeluaran caruman KWSP, telah memberikan banyak manfaat kepada Keluarga Malaysia,” katanya. – SM

(Visited 237 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button