Nasional

Penjawat awam ditegur kerja sambil lewa

SIKAP penjawat awam yang sambil lewa ketika menjalankan tugas ditegur kerana ia tidak membantu kerajaan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman berkata, kebanyakan penjawat awam tidak membantu kerajaan menjana dan merancakkan ekonomi negara,

Sebaliknya kata beliau, mereka hanya mengharapkan kenaikan pangkat yang lebih tinggi.

Sepatutnya kata beliau, penjawat awam harus menurunkan ego masing-masing dan bersama dengan rakyat bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.

“Penjawat awam sepatutnya perlu ada semangat berkhidmat untuk negara dan rakyat, kita perlu turunkan ego untuk bersama dengan rakyat.

“Tetapi sebaliknya mereka kerja sambil lewa, tidak membantu dan berada di takuk yang lama dan hanya harapkan kenaikan pangkat yang lebih tinggi.

“Sepatutnya selepas setahun penularan COVID-19 ini penjawat awam perlu lebih menghargai kerana mereka ini tidak terkesan, masih ada gaji dan elaun yang masuk seperti biasa namun mereka tidak hargai apa yang diberikan,” katanya ketika berucap dalam Perhimpunan Bulanan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), yang disiarkan secara langsung di Facebook JPA, di Putrajaya hari ini.

Katanya, jika mutu perkhidmatan itu ditambah baik, ia sekali gus dapat menangkis perspektif negatif orang luar terhadap kakitangan kerajaan. – SM

 

(Visited 586 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button