Nasional

Ucapan pertama Ismail Sabri sebagai PM-9

PERDANA Menteri kesembilan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual akan menyampaikan ucapan pertamanya kepada rakyat pada pukul 5.30 petang ini.

Ucapan tersebut akan disiarkan pada 5.30 petang di RTM, Bernama TV, TV3, Astro Awani and TV AlHijrah.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah perkenan melantik Ismail Sabri sebagai perdana menteri yang baharu semalam.

Bagaimanapun, masih belum diketahui adakah beliau akan mengumumkan barisan Jemaah Menteri ketika ucapan itu nanti.

Ismail Sabri mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kesembilan semalam susulan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin pada Isnin berikutan kehilangan sokongan majoriti Ahli Parlimen.-SM

(Visited 236 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button