fbpx
Ekonomi

Kerajaan harap kekal fokus laksanakan Penjana

KERAJAAN diharapkan agar kekal fokus dalam melaksanakan pelan yang telah diumumkan petang semalam.

Menerusi catatannya di akuan Facebook miliknya, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan harapan, karenah birokrasi dapat diminimakan bagi memastikan bantuan dan insentif yang diumumkan oleh kerajaan, sampai dan dinikmati oleh rakyat keseluruhannya.

Menurut Ahmad Zahid lagi, tiada guna jika insentif bagus tetapi rakyat sukar untuk mendapatkannya.

“Semoga segala usaha murni kerajaan membantu rakyat dipermudahkan dan negara kekal sejahtera dalam mengharungi pandemik COVID-19 ini,” catat Ahmad Zahid.

Ahmad Zahid juga mengatakan, Penjana hadir tepat pada masanya.


Kata beliau, Bank Negara Malaysia (BNM) mengklasifikasikan 75 peratus tenaga kerja di negara ini sebagai anggota kumpulan paling mudah terjejas apabila negara dilanda krisis ekonomi.

Menurut Felo Kanan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEN), Azlan Awang, catat Ahmad Zahid lagi, berdasarkan kajian, kira-kira 50 peratus isi rumah dalam negara kita masih hidup di bawah kadar upah minimum.

Oleh itu, beliau berpandangan, Penjana atau Pelan Jana Semula Ekonomi Negara yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang semalam, bersifat people centric.

Apatah lagi, kata Ahmad Zahid, ketika negara sedang berhadapan dengan kadar pengangguran yang dijangka meningkat kepada 5.5 peratus sehingga akhir tahun 2020 ini.

Ramalan ini, ujar Ahmad Zahid lagi, membawa makna seramai lebih 800,000 rakyat Malaysia tidak mempunyai pekerjaan.

“Saya tertarik dengan tiga insentif yang diumumkan semalam bagi membantu rakyat, pekerjaan mereka dan majikan.

  1. Perluasan Program Subsidi Upah bernilai RM5 bilion. Pakej Prihatin dan Prihatin PKS. Tambahan yang telah dilaksanakan selama tiga bulan telah menyelamatkan 2.2 juta pekerjaan. Saya percaya program ini juga mampu menyelamatkan lebih ramai rakyat Malaysia dari hilang pekerjaan sepanjang tempoh lanjutan.
  2. Program Insentif Pengambilan Pekerja berjumlah RM1.5 bilion. Lebih-lebih lagi apabila inisiatif ini mempunyai peruntukan khusus untuk kumpulan berumur 40 tahun ke atas dan Orang Kelainan Upaya (OKU).
  3. Insentif peningkatan kemahiran untuk penganggur dan kepada majikan yang menyediakan peluang perantis kepada lepasan sekolah dan graduan dan peruntukan RM2 bilion bagi pelaksanaan kursus jangka pendek.

    Kerajaan, kata Ahmad Zahid, diharapkan agar kekal fokus dalam melaksanakan pelan yang telah diumumkan. SM https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage/photos/a.257843947687523/1764113313727238/?type=3&source=57

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button