fbpx
Nasional

Penjana mampu teruskan kelangsungan ekonomi rakyat

PENDIGITALAN dan Program Peningkatan Kemahiran (Upskilling) dilihat mampu membuka peluang ekonomi rakyat dan syarikat untuk berkembang sekaligus memberi pendapatan yang lebih.

Ketua Pegawai Eksekutif Aegis Associates, Mohd. Rashdan Ramlee berkata, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) lebih kepada asas untuk mengaut peluang di peringkat serantau.

Menurutnya, syarikat pembuatan di Eropah, Jepun dan Amerika Syarikat kini sudah mula keluar dari China dan membuka kilang di negara-negara Asia Tenggara.

“Kita perlukan pekerja yang mempunyai skil terkini, perniagaan yang berdaya saing dan insenftif pelaburan.


“Ketiga-tiga elemen ini memang terdapan dalam Penjana,” katanya ketika ditemubual dalam program Agenda Awani di Astro Awani.

Jelas Mohd. Rashdan, pendigitalan dan peningkatan kemahiran ini mampu menjadikan kita sebagai negara yang berdaya saing.

Ujarnya, negara juga perlu menjadi penjana teknologi dan tidak lagi bergantung kepada teknologi dari luar.

“Apa yang merisaukan sekarang ialah bagaimana pelaksanaan dan perubahan pemikiran yang perlu ada pada setiap perusahaan kecil dan sederhana untuk berkembang ke luar negara,” katanya.

Tambahnya, kerajaan sudah menyediakan infrastruktur yang diperlukan untuk membangun dan terpulang kepada firma untuk mengambil peluang untuk melebarkan pengaruh sekurang-kurangnya ke negara di Asia Tenggara. – SM

(Visited 3 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button