Nasional

UPSI jadi pilihan produksi industri kreatif

TERLETAK berhampiran dengan Banjaran Titiwangsa, kaya dengan kepelbagaian latar alam semulajadi dan hanya berjarak kira-kira 90 kilometer dari pusat bandaraya Kuala Lumpur, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjadi pilihan banyak syarikat produksi untuk menjalankan penggambaran.

Menurut Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Md Amin Md Taff , sebagai sebuah universiti pendidikan, UPSI mengalu-alukan penyertaan pemain industri kreatif untuk membantu melestarikan hubungan antara pelajar dengan industri.

“Kaedah pembelajaran pada hari ini telah berubah, bukan hanya bertumpu dalam kelas dan menerusi buku semata-mata sebaliknya adalah melalui pendedahan sebenar seperti penglihatan, penglibatan dan penelitian secara pragmatik sekali gus meningkatkan ‘smart skill’ dan ‘sharp skill’ mereka.”

“Jika di Amerika Syarikat mereka mempunyai industri Hollywood untuk menguasai dunia dengan agenda penerapan dalam politik dan sosial menerusi karya-karya dihasilkan, justeru, secara tidak langsung peranan ini turut dimainkan syarikat-syarikat produksi yang menghasilkan karya-karya seperti filem, rancangan TV, serta pencipta kandungan hari ini yang memainkan peranan penting dalam memacu pemikiran masyarakat,” jelasnya ketika ucapan aluan dalam Majlis Apresiasi Delegasi bersama dua buah syarikat produksi iaitu Nafalia Corporation Sdn. Bhd. dan Arisprop Holdings Sdn. Bhd di Bilik Seminar Perpustakaan Tuanku Bainun, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, hari ini.

Md Amin (tengah) bersama para JKPU dan sebahagian daripada kru produksi semasa Majlis Apresiasi di Bilik Seminar Perpustakaan Tuanku Bainun, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah.

Menurut Md Amin lagi, menerusi penglibatan syarikat-syarikat ini secara tidak langsung akan melibatkan pemegang taruh utama pusat pengajian iaitu para mahasiswa melihat sendiri proses industri berlangsung di depan mata.

Pembelajaran dalam kelas semata-mata, katanya, hanya akan melahirkan para graduan yang cekap dalam bidang masing-masing tetapi kurangnya komunikasi, daya penyelesaian masalah dan kreativiti.

“Menerusi penglibatan industri juga secara tidak langsung memberi impak bukan sahaja UPSI sebaliknya daerah Muallim dan negeri Perak sekaligus memberi manfaat kepada penggiat ekonomi di sini serta mempromosi edutourism,” jelasnya lanjut.

Turut hadir, ahli Jawatankuasa Khas Pengurusan Universiti (JKPU) iaitu Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dr. Norkhalid Salimin; , Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat, Profesor Madya Dr. Mohd Izwan Shahril serta Bendahari UPSI, Mohamad Najib Mohamed.

(Visited 228 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button