Hiburan

“Kalau tiada bakat nak gilap pun tak boleh”- Nam Ron

BARU-BARU ini kecoh berkenaan seorang penerbit terkenal A.Aida juga merupakan salah seorang ahli Lembaga Pengarah Finas yang mengeluarkan kenyataan tiada bakat boleh diasah yang paling penting ialah perlu mempunyai rupa paras yang cantik dan kacak untuk sesiapa yang mahu berada dalam industri seni tanah air.

Kenyataan A.Aida itu telah mengundang persepsi negatif orang ramai dan ada juga yang tidak terkecuali terkena tempias dengan kata-kata itu. Ini termasuklah mereka yang mengikuti kursus seni lakon dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Ada juga beberapa pelakon yang memberi pandangan dan tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut namun ada juga yang menyokong dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh A. Aida.

Sebagai contoh pelakon senior Nam Ron dan juga merupakan bekas pensyarah Aswara, dia berpendapat kenyataan yang dibuat oleh A. Aida ada buruk dan baiknya.

“Itu adalah pendirian dia sebagai seorang penerbit yang ingin mencari pelakon pelapis  yang ada rupa, paras. Bagi pendapat saya, kalau tak ada bakat, nak asah pun tak boleh kerana bakat tidak boleh diajar, ia adalah anugerah.

“Contohnya ada yang mempunyai bakat menyanyi, melukis atau main bola. Inisemua adalah bakat dan saya sendiri tiada bakat untuk itu semua. Maksudnya di sini, bakat dalam lakonan kena ada dahulu, barulah kita boleh ajar skil,” kata Nam Ron ketika ditemubual semasa pementasan Teater Asrama-Ria.

Fimie Don yang memulakan langkah dalam bidang lakonan sejak beliau kecil lagi berkata, hanya di Malaysia sahaja yang memandang rupa paras tetapi kalau di luar negara, tidak begitu.

“Ramai pelakon dari luar negara sebenarnya tidaklah sekacak mana namun ada antara mereka yang selalu dapat watak utama kerana bakat mereka.  Secara peribadi, saya berpendapat, ada bakat sahaja tidak cukup, perlu ada rupa.

“Jika persepsi ada rupa tak ada bakat diambil dan diamalkan oleh semua penerbit dalam industri lakonan di Malaysia, rasanya saya tidak bertahan lama,” katanya ketika ditemui usai pementasan teater PJ Art Live di Petaling Jaya.

Seorang Pensyarah Kanan Pengajian Seni Persembahan Univesiti Teknologi MARA (Uitm), Umi Kalson berkata, cantik itu adalah perkara yang subjektif tetapi untuk menjadi pelakon, perlulah ada bakat dalam bidang lakonan.

“Cantik itu perlu diselami dengan ilmu, pemikiran perlu cantik, berlakon perlu cantik dan pembawakan juga perlu cantik. Jadi bagi saya para pelakon mesti cantik dan berbakat.

“Terpulanglah kepada penerbit itu sendiri untuk menilai. Saya akui pentingkan kecantikan fizikal, luaran dan dalaman. Selari dengan intelektual,” katanya. – SM

(Visited 241 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button