Nasional

Penipuan SMS: Enam lagi individu ditahan reman

Enam lagi individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan sindiket penipuan SMS hingga mengaut keuntungan jutaan ringgit.

Jumlah tangkapan itu menjadikan keseluruhan individu yang ditahan ialah sebanyak 12 orang.

Perintah reman sehingga 15 November depan itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan tersebut pagi tadi.

Menurut sumber, kesemua individu berusia antara 34 tahun hingga 49 tahun yang terdiri daripada lima orang lelaki dan seorang wanita itu ditahan antara pukul 4.45 petang semalam hingga 12.30 tengah malam tadi di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya selepas hadir memberi keterangan.

“Kesemua individu itu merupakan pekerja syarikat swasta dan pegawai syarikat telekomunikasi yang dipercayai telah memberi dan menerima wang rasuah untuk tujuan mendapatkan maklumat data peribadi pelanggan yang menggunakan pelan prabayar,” katanya.

Jelas sumber, nombor telefon yang diperoleh akan digunakan oleh sindiket penipuan ‘content provider’ dengan mengenakan bayaran langganan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa pengetahuan dan persetujuan daripada pengguna.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009. -SM

 

(Visited 184 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button