Nasional

Penipuan SMS: Dua lagi ditahan

DUA individu yang merupakan bekas ketua pegawai pemasaran syarikat telekomunikasi dan pengarah syarikat swasta direman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan sindiket penipuan SMS

Perintah reman sehingga 21 November depan itu dikeluarkan oleh Majistret Siti Roslizawati Mohd. Zanin di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan tersebut pagi tadi.

Sehingga kini, seramai 16 individu telah ditahan reman bagi membantu siasatan kes berkenaan sejak 10 November lalu.

Menurut sumber, kedua-dua suspek berusia 49 dan 42 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira pukul 9 malam semalam selepas hadir memberi keterangan.

Jelasnya, mereka dipercayai telah memberi dan menerima wang rasuah untuk tujuan mendapatkan maklumat data peribadi pelanggan yang menggunakan pelan prabayar.

Ujar sumber, nombor telefon yang diperoleh akan digunakan oleh sindiket penipuan ‘content provider’ dengan mengenakan bayaran langganan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa pengetahuan dan persetujuan daripada pengguna.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009. -SM

(Visited 227 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button