Nasional

Penipuan Macau: Suri rumah, pelajar di Melaka kerugian RM260,000

SEORANG suri rumah dan pelajar di Melaka kerugian RM259,642 kepada sindiket penipuan Macau selepas ditipu anggota sindiket yang menyamar sebagai pegawai kementerian kesihatan mendakwa maklumat peribadi mereka digunakan orang lain untuk mendaftar vaksin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Melaka, E Sundra Rajan berkata, mangsa adalah suri rumah berusia 60 tahun dari Alor Gajah, yang kerugian RM247,642, dan seorang pelajar institusi pengajian tinggi berusia 21 tahun kerugian RM12,000.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa melaporkan mereka telah ditipu di balai polis Simpang Ampat dan Batu Berendam masing-masing pada 8 April lalu.

“Kedua-dua mangsa mendakwa mereka menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mengatakan dia pegawai kementerian kesihatan, yang memberitahu mereka butiran peribadi mereka telah digunakan dalam pendaftaran Covid-19 untuk vaksinasi.

“Mangsa kemudian diarah bekerjasama dengan suspek untuk menyiasat perkara itu.

“Mereka kemudiannya disambungkan kepada ‘polis’ melalui panggilan untuk pengesahan lanjut dan terkejut apabila dimaklumkan butiran peribadi mereka turut digunakan dalam kes pengubahan wang haram,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sundra Rajan berkata, kedua-dua mangsa diugut bahawa tindakan akan diambil terhadap mereka sekiranya gagal memberikan kerjasama.

Ahli sindiket kemudian mengarahkan mangsa untuk memberikan semua maklumat berkaitan akaun bank mereka untuk tujuan “pengauditan”.

Selepas mangsa memberikan akaun bank dan nombor pin mereka, serta butiran akses perbankan dalam talian mereka, mereka mendapati wang daripada akaun mereka telah dipindahkan keluar.

Beliau berkata, kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sundra Rajan berkata polis Melaka menerima 93 laporan berkaitan sindiket penipuan Macau itu, membabitkan kerugian RM3.12 juta, sejak 1 Jan hingga semalam. – SM

 

(Visited 244 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button