Nasional

Peningkatan kes Covid-19 mendadak, kilang Top Glove diarah tutup

Sebanyak 28 kilang pengeluar sarung tangan jenama Top Glove di Klang akan ditutup secara berperingkat selepas peningkatan kes Covid-19 secara mendadak melibatkan pekerja syarikat itu.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak 1,067 kes positif Covid-19 dicatatkan melibatkan pekerja kilang tersebut pada hari ini.

“Setakat hari ini, pihak Kementerian Kesihatan (KKM) sudah menjalankan 5,794 saringan ke atas pekerja kilang Top Glove dan sebanyak 1,889 kes positif COVID-19 direkodkan.

“Penutupan secara berperingkat itu akan diselaraskan oleh Jawatan Kuasa Kerja Keselamatan Negeri Selangor bersama pihak pengurusan Top Glove,” katanya dalam sidang akhbar harian hari ini.

Menurut Ismail Sabri, penutupan 28 kilang itu bagi membolehkan semua pekerja menjalani ujian saringan dan kuarantin.

Sebelum ini, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan selama 14 hari di asrama pekerja asing Top Glove Corp Bhd di Meru, Klang, mulai Selasa lalu selepas KKM mengesan 215 kes positif COVID-19. -SM

(Visited 232 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button