Nasional

Beri Anwar lebih banyak masa untuk tingkatkan ekonomi negara, kata Sultan Johor

SULTAN Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu diberi lebih masa untuk memperbaiki ekonomi negara.

Dalam temu bual eksklusif dengan Sin Chew Daily, Seri Paduka mengakui cabaran kewangan yang dihadapi oleh pentadbiran Anwar.

“Anwar hanya menyedari masalah kewangan kerajaan selepas memegang jawatan itu,” titah Sultan Ibrahim dalam temu bual dengan akhbar Cina tempatan itu.

Sultan Ibrahim turut menzahirkan rasa lega kerana lawatan Perdana Menteri ke China awal tahun ini, membawa kembali beberapa hasil positif.

Bercakap mengenai Anwar, Seri Paduka bertitah beliau mempunyai hubungan baik dengan perdana menteri.

“Kadang-kadang, beliau mendapatkan pandangan saya, dan kadang-kadang, beliau memberikan cadangan kepada saya,” titah Seri Paduka.

Seri Paduka Baginda turut menekankan bahawa adalah penting bagi Malaysia untuk mengekalkan hubungan mesra dengan China.

Sultan Johor bertitah, ia merupakan pendekatan tepat untuk meletakkan program Malaysia Rumah Keduaku (MM2U) di bawah bidang kuasa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan melaporkan terus kepada Perdana Menteri.

Dalam perkembangan sama, Johor mendapat sebahagian besar daripada komitmen berkenaan dengan pelaburan RM80 bilion dari syarikat petrokimia terbesar China, Rongsheng Petrochemical Co Ltd. -SM

Baca : Sambutan Kemerdekaan: Pengunjung dinasihatkan guna pengangkutan awam

(Visited 76 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button