Rencah Hidup

Peniaga food truck boleh tarik nafas lega

KEMBALI ‘bernafas’. Selepas tiga bulan terpaksa menghentikan operasi perniagaan kerana akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan oleh kerajaan sebagai usaha untuk memutuskan rantaian COVID-19, kini mereka yang terlibat dalam aktiviti bukan komersial termasuk peniaga food truck, boleh menghela nafas lega.

Semalam, dalam perutusan khasnya, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan, mulai 10 Jun ini, semua peniaga yang menjalankan perniagaan secara trak makanan atau food truck,  dibenarkan kembali berniaga.

Dalam erti kata lain, keperitan tiga bulan kerana terpaksa bercuti daripada menjalankan perniagaan, dilihat berakhir.

Bagi Presiden Persatuan Food Truck Malaysia, Datuk Dr. Zaini Taha, pengumuman itu satu kelegaan buat peniaga berkenaan yang berdepan dengan risiko kerugian sejak 18 Mac lalu.

“Alhamdulilah, saya melahirkan rasa syukur dan terima kasih Perdana Menteri memberi peluang kepada peniaga food truck.

“Selain itu, peniaga jalanan seperti peniaga pisang goreng, nasi lemak dan burger dibenarkan melakukan aktiviti perniagaan bukan komersial.

“Terima kasih semua kerana memberi kebenaran beri peluang kepada peniaga kita menjalankan perniagaan seperti biasa.

“Peniaga bersetuju mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Beliau juga berharap detik sukar yang dihadapi peniaga trak makanan sejak tiga bulan lalu kembali pulih dengan berita gembira itu.

“Peniaga food truck selama tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mereka (peniaga) jalankan perniagaan tidak seperti yang dijangkakan.

“Perniagaan mereka terhenti, ada dalam kalangan mereka berniaga ikan, sayur dan ada yang terpaksa bantu isteri berniaga di gerai-gerai.

“Kebenaran diberikan ini melahirkan rasa gembira kerana mereka dapat menjalankan ativiti seperti biasa,” kata Zaini. – SM

(Visited 615 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button